PHNOM PENH, 30 JUN – Perdana Menteri Hun Sen hari ini memberi amaran bahawa dia boleh menyekat akses Facebook di Kemboja, selepas syarikat itu berkata ia akan memadam video di mana dia mengancam untuk menentang lawan politik.
Amaran itu dibuat sebelum pilihan raya pada 23 Julai yang telah digelar sebagai palsu selepas pihak berkuasa menafikan pendaftaran pencabar utama kepada Parti Rakyat Kemboja pimpinan Hun Sen.
Facebook kelmarin meng-umumkan bahawa ia akan memadam salah satu video Hun Sen selaras dengan keputusan Lembaga Pengawasan untuk Meta, syarikat induk Facebook, yang turut mengesyorkan akaunnya digantung.
Pakar-pakar teknologi menyifatkan langkah itu sebagai “titik perubahan”.
Keputusan itu menyatakan bahawa ucapan Hun Sen mengandungi “pernyataan yang jelas mengenai niat untuk melakukan keganasan” terhadap ahli politik pembangkang.
Pengguna Facebook yang prolifik, Hun Sen mengumumkan malam tadi bahawa beliau telah berhenti menggunakan platform itu dan kelihatan telah memadamkan akaunnya.
Bercakap kepada pekerja pakaian di wilayah Pursat hari ini, Hun Sen memberi amaran bahawa dia boleh menyekat Facebook “untuk tempoh singkat atau selama-lamanya” di Kemboja untuk menghalang ahli politik pembangkang dalam buangan daripada berkomunikasi dengan rakyat negara itu.
“Jangan sombong, awda tinggal di luar negara, awda menggunakan Facebook untuk komunikasi, kami boleh menyekat Facebook,” katanya, nampaknya merujuk kepada pesaing-pesaing yang hidup dalam buangan. – AFP