Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM India mulakan lawatan ke Jerman

    BERLIN, 30 Mei – Perdana Menteri India Narendra Modi mengadakan pertemuan dengan Canselor Jerman Angela Merkel hari ini bagi rundingan kabinet bersama di Berlin apabila negara Asia yang ramai penduduk dan negara ekonomi terbesar Eropah itu berhasrat untuk mendalamkan lagi hubungan.

    Merkel telah lama menjalin hubungan strategik dengan demokrasi terbesar dunia itu yang juga kuasa Asia saingan China, yang mana Perdana Menteri China Li Keqiang juga akan melawat Berlin minggu ini.

    Merkel kerap menekankan bahawa Jerman dan Kesatuan Eropah mesti bersaing dengan negara-negara ekonomi besar yang baru muncul dan Ahad lalu berkata Jerman tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada sekutu-sekutu biasa AS dan Britain di era Presiden Donald Trump dan Brexit.

    Modi dan Merkel akan menangani rundingan terbantut berhubung perdagangan bebas EU-India dan urusan pelaburan pada ketika apabila New Delhi dengan gelisah menumpu pada perdagangan Laluan Sutera, Beijing dan inisiatif infrastruktur di seluruh Eurasia.

    Narendra Modi dibawa melawat ke Pintu Gerbang Brandenburg di Berlin bersama Angela Merkel. – AFP
    Narendra Modi dibawa melawat ke Pintu Gerbang Brandenburg di Berlin bersama Angela Merkel. – AFP

    Kedua-dua pemimpin itu, yang akan mengadakan pertemuan lagi pada sidang kemuncak G20 di bandar Jerman, Hamburg pada Julai depan, akan juga dijangka membincangkan capaian meningkat ketenteraan China ke Laut China Selatan yang dipertikaikan dan ke Lautan Hindi.

    Modi, sebelum memulakan jelajah beliau juga akan membawanya ke Sepanyol, Perancis dan Rusia menulis bahawa “India dan Jerman adalah negara demokrasi besar, ekonomi-ekonomi utama dan pihak berperanan penting dalam hal ehwal serantau dan sejagat.”

    “Perkongsian strategik kami berdasarkan nilai demokrasi dan komitmen kepada aturan sejagat berlandaskan peraturan, terbuka dan menyeluruh,” beliau menulis di Facebook, membandingkan India dengan China, negara satu parti. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda