NEW DELHI, 11 OGOS – Perdana Menteri India, Narendra Modi hari ini mengeluarkan 109 jenis tanaman yang mampu mengeluarkan hasil tinggi, berdaya tahan iklim dan biodiperkaya.
Beliau berkata varieti baharu berkenaan akan memberi manfaat besar kerana ia akan membantu mengurangkan perbelanjaan dan memberikan kesan positif kepada alam sekitar.
Memuji saintis-saintis pertanian kerajaan membangunkan varieti tanaman baharu berkenaan, Modi menekankan faedah pertanian semula jadi dan peningkatan permintaan untuk makanan organik di negara itu. – Xinhua
