SRINAGAR, INDIA, 13 JAN – Perdana Menteri India, Narendra Modi, merasmikan terowong jalan strategik Himalaya hari ini, memperkukuhkan akses sepanjang tahun ke arah utara menuju ke zon sempadan di kawasan pergunungan China dan Pakistan.
Terowong Z-Morh atau Sonmarg, sepanjang 6.4 kilometer (km) melintasi laluan gunung berbahaya yang terputus disebabkan salji selama empat hingga enam bulan setahun.
Terowong itu adalah sebahagian daripada usaha infrastruktur yang lebih besar di zon sempadan.
Ia menghubungkan Kashmir yang ditadbir India dengan Ladakh, bertindak sebagai batu loncatan untuk membuka Lebuh raya Srinagar-Leh sepanjang tahun bagi membolehkan penghantaran bekalan ketenteraan dilakukan dengan cepat.
“Dengan pembukaan terowong ini, ketersambungan akan bertambah baik secara signifikan,” kata Modi, setelah merasmikan projek bernilai AS$313 juta yang memakan masa satu dekad untuk disiapkan. – AFP