Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    PM Ismail Sabri tandatangan buku takziah

    KUALA LUMPUR, 15 SEPT – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkunjung ke Kediaman Rasmi Pesuruhjaya Tinggi British di sini dan mengucapkan takziah atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

    Ismail Sabri turut menandatangani buku takziah sebagai penghormatan kepada Ratu Elizabeth II, 96, yang mangkat pada 8 Sept lepas.

    Terdahulu, ketibaan Perdana Menteri pada 3:55 petang ke premis itu disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Charles Hay dan Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar.

    Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit di Kediaman Rasmi Pesuruhjaya Tinggi British itu.

    Ratu Elizabeth II, merupakan raja pemerintah yang paling lama menduduki takhta dalam sejarah British dan kedua paling lama di dunia selepas Raja Louis XIV dari Perancis.

    Sementara itu, Hay berkata beliau tersentuh dengan ucapan takziah daripada Ismail Sabri serta limpahan kasih sayang dan rasa hormat yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat.  

    “Adalah sesuatu yang menggembirakan apabila menerima sokongan sedemikian rupa di Malaysia semasa United Kingdom (UK) meratapi kemangkatan Baginda,” katanya. – Bernama

    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menandatangani buku takziah untuk Ratu Elizabeth II di Kediaman Pesuruhjaya Tinggi British di Jalan Ampang, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...