Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    PM Itali ketua negara wanita tunggal di G20

    ROM, 15 NOV – Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni merupakan satu-satunya ketua kerajaan wanita pada Sidang Kemuncak G20 yang bermula di Bali, Indonesia, hari ini.

    Beliau juga antara empat wanita yang duduk di meja persidangan yang dihadiri 41 pemimpin, lapor agensi berita Itali (ANSA).

    Tiga yang lain ialah Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen; Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa, Kristalina Georgieva dan Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia, Ngozi Okonjo-Iweala.

    Meloni dilantik sebagai Perdana Menteri Itali pada 21 Oktober setelah partinya, Parti Brothers of Italy menang besar pada pilihan raya umum 25 September lalu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...