Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Jepun bubar Parlimen

    TOKYO, 9 OKT – Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, dijangka membubarkan Parlimen hari ini menjelang pilihan raya kilat pada 27 Oktober, mengambil kesempatan ke atas situasi politik dan pembangkang yang berpecah-belah untuk memimpin partinya meraih kemenangan.

    Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Ishiba telah memerintah Jepun selama beberapa dekad tanpa sebarang gangguan walaupun kerap berlaku pertukaran pemimpin.

    Namun Ishiba, yang dilantik menjadi Perdana Menteri baharu minggu lalu, mahu memperkukuhkan mandatnya untuk meneruskan dasar termasuk meningkatkan perbelanjaan bagi pertahanan serta ke atas kawasan lebih miskin yang terjejas akibat krisis demografi Jepun.

    Kabinet baharunya meluluskan pembubaran parlimen hari ini, kata media tempatan, yang dijadual diadakan pada sebelah petang.

    Kerajaan tiga tahun sebelum Ishiba iaitu Fumio Kishida, menerima penarafan kepopularan yang rendah akibat skandal dana dan ketidakpuasan pengundi terhadap kenaikan harga.

    Tinjauan minggu lalu memberikan penarafan kabinet Ishiba sebanyak 45-50 peratus berbanding 20-30 peratus untuk bulan terakhir pentadbiran Kishida.

    Penyokong Ishiba berharap pakar pertahanan dan pengkritik lantang parti LDP itu akan merangsang populariti parti, termasuk memujuk orang muda untuk mengundi. – AFP

    Ishiba (kanan) dan anggota kabinetnya menghadiri sesi di dewan rakyat di Tokyo pada 9 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda