Friday, July 25, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Jepun dijangka letak jawatan

    TOKYO, 23 JULAI – Setelah mencapai perjanjian perdagangan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Perdana Menteri Jepun akan mengumumkan peletakan jawatannya tidak lama lagi, kata laporan hari ini, selepas kegagalan pilihan raya terbaharunya meninggalkan parti gabungannya kehilangan majoriti di kedua-dua dewan Parlimen.

    Laporan itu menyatakan Shigeru Ishiba telah menyampaikan hasratnya untuk berundur diri, susulan pengumuman perjanjian perdagangan AS-Jepun hari ini.

    Pilihan raya parlimen Ahad lalu mencatat kekalahan teruk bagi parti pimpinan Ishiba, Parti Liberal Demokratik (LDP), yang telah memerintah sejak 1955.

    Para pengundi yang marah terhadap inflasi beralih kepada parti lain, terutamanya slogan Japanese first Sanseito, dengan kempen ‘anti-globalnya’ menguasai agenda gerakan populis di tempat lain.

    Ishiba merancang untuk mengosongkan jawatan tertinggi itu pada akhir Ogos, lapor akhbar harian Mainichi.

    Gambar fail bertarikh 27 September 2024 menunjukkan reaksi Ishiba semasa sidang media selepas pemilihan kepimpinan LDP di Tokyo. – AFP

    Manakala akhbar Yomiuri berkata beliau akan mengumumkan peletakan jawatannya pada Julai tetapi tidak memberikan butiran bila beliau akan meninggalkan jawatan.

    Laporan tersebut dan sumber lain berkata gesaan meminta beliau yang berusia 68 tahun itu keluar dari LDP telah meningkat sejak keputusan pilihan raya parlimen.

    Bagaimanapun, beliau memaklumkan keputusannya selepas membatalkan perjanjian perdagangan dengan Washington yang mengurangkan tarif 25 peratus kepada 15 peratus sebelum tarikh akhir 1 Ogos.

    Dalam pilihan raya Ahad lalu, LDP dan rakan kongsi Komeito tewas tiga kerusi untuk mengekalkan majoriti. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda