Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    PM Jepun janji pulihkan industri pelancongan

    TOKYO, 4 OKT – Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berjanji pada Isnin untuk memulihkan industri pelancongan negara pasca pandemik dengan menetapkan matlamat baharu untuk melihat pelancong asing datang berbelanja lebih 5 trilion yen (AS$35 bilion) setiap tahun.

    Dalam ucapan dasar pada permulaan sidang parlimen luar biasa, Kishida berkata kerajaan akan memanfaatkan penyusutan yen Jepun dan akan terus melonggarkan kawalan sempadan negara yang sebelum ini diperketatkan kerana COVID-19, lapor berita Kyodo.

    Yen yang lebih lemah telah meningkatkan harga import, namun perdana menteri menyatakan kesediaannya untuk menangani peningkatan kos tenaga melalui tindakan yang ‘belum pernah dilakukan sebelum ini’ bagi meringankan beban isi rumah dan syarikat.

    Berikutan rakyat hadapi kesukaran akibat kos yang lebih tinggi, Kishida berkata kerajaannya merancang untuk menggalakkan kenaikan gaji dengan melabur 1 trilion yen untuk pembangunan sumber manusia, dalam bidang yang berpotensi untuk tempoh lima tahun, tambahnya.

    “Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memerangi kenaikan harga dan memulihkan ekonomi Jepun yang kekurangan sumber,” kata Kishida. – Bernama

    Perdana Menteri Fumio Kishida semasa menyampaikan ucapan dasar pada sesi parlimen di Tokyo pada 3 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...