Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Jepun lawat AS, kali pertama dalam 9 tahun

    TOKYO, 9 APRIL – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida yang berlepas ke Washington kelmarin, merupakan pemimpin pertama Jepun melakukan lawatan negara ke Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh sembilan tahun – satu langkah yang menekankan peningkatan kepentingan persekutuan antara kedua-dua negara.

    Semasa berada di AS, Kishida dijangka menghadiri satu sidang kemuncak bersama Presiden AS, Joe Biden pada hari Rabu di Washington dan akan menyampaikan ucapan dalam satu sesi bersama Kongres AS pada keesokan harinya, lapor Agensi Berita Kyodo yang memetik pegawai Kerajaan Jepun.   

    Kishida yang dijadualkan pulang ke Tokyo pada Ahad dijangka meyakinkan lagi Biden tentang kepentingan kerjasama Jepun-AS dalam pelbagai bidang daripada keselamatan dan teknologi terkini sehingga pengukuhan rantaian bekalan, kata pegawai berkenaan.

    “Saya mengesahkan bahawa Jepun dan AS telah membina satu hubungan yang lebih kukuh dan ia merupakan satu peluang penting untuk menyampaikan mesej ini kepada dunia, Kishida memberitahu wartawan sebelum berlepas dari Tokyo.  

    Kishida berkata lawatan negaranya ke AS akan membantu meningkatkan hubungan bilateral dan beliau akan menjadi Perdana Menteri Jepun pertama menyampaikan ucapan di Kongres AS sejak Shinzo Abe melakukannya pada April 2015. – Bernama

    Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, (tengah kiri) dan isterinya Yuko Kishida (tengah kanan), semasa upacara ketibaan di Pangkalan Tentera Udara Andrews, Mariland, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda