TOKYO, 27 DIS – Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia dari 9 hingga 12 Januari untuk memperkukuh kerjasama dengan negara Asia Tenggara dalam merealisasikan Indo-Pasifik yang bebas, terbuka dan berasaskan peraturan, lapor agensi berita Kyodo, hari ini.
Semasa lawatan itu, Ishiba dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshimasa Hayashi dalam satu sidang media.
Malaysia akan mempengerusikan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun depan.
“Adalah penting untuk Jepun mengukuhkan hubungan dengan negara Asia Tenggara yang terletak berhampiran laluan laut utama dan dilihat sebagai enjin pertumbuhan ekonomi. – Bernama