Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Jepun: Olimpik menyatukan dunia

    TOKYO, 29 JAN – Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga hari ini berkata penganjuran Sukan Olimpik adalah sebagai simbol perpaduan dan harapan, walaupun terdapat keraguan mengenai virus itu.

    “Jepun akan mengadakan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo pada musim panas ini,” kata Suga pada Forum Ekonomi Dunia tahunan, yang diadakan dalam talian ketika wabak itu terus melanda seluruh dunia.

    “Saya bertekad untuk merealisasikan sukan yang akan membawa harapan dan keberanian kepada dunia, sebagai bukti kemenangan manusia terhadap virus dan sebagai simbol kesatuan global.”

    Nada tegasnya bergema dengan penganjur Olimpik Tokyo dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), yang keduanya menegaskan minggu ini bahawa sukan itu akan berjalan dengan selamat. Tetapi dengan banyak negara masih terjejas dengan COVID-19 dan sebahagian besar wilayah Jepun termasuk Tokyo dalam keadaan darurat, kebimbangan semakin meningkat bagi meneruskan acara sukan besar itu, yang akan bermula pada 23 Julai.

    Acara Olimpik pertama Tokyo pada tahun 2021 ialah pertandingan berenang artistik yang dijadualkan pada bulan Mac, ditangguhkan selama dua bulan kerana sekatan perjalanan.

    Pada bulan Disember, para pemimpin Tokyo 2020 telah melancarkan buku peraturan antivirus dengan 53 halaman yang mana mereka katakan akan membolehkan sukan itu diadakan dengan selamat walaupun tanpa vaksin.

    Tetapi sokongan orang ramai di Jepun untuk mengadakan temasya tahun ini kian merosot.

    Satu tinjauan yang dilakukan pada hujung minggu lalu oleh akhbar Asahi Shimbun menunjukkan hanya 11 peratus daripada 1,647 responden mengatakan bahawa Sukan Olimpik akan berlangsung pada musim panas ini.

    Dalam tinjauan itu, 51 peratus menyokong penangguhan dan 35 peratus mengatakan ia harus dibatalkan. – AFP

    Pengawal keselamatan berdiri di hadapan logo Olimpik di depan Muzium Olimpik Jepun di Tokyo. Yoshihide Suga berkata Sukan Olimpik Tokyo mampu menyatukan dunia. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda