Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    PM Jepun tetap desak AS hapuskan tarif

    TOKYO, 12 MEI – Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba kelmarin menekankan pendirian kukuh Jepun dalam menghapuskan langkah tarif Amerika Syarikat (AS), termasuk mengenai kereta, semasa rundingan perdagangan.

    Bercakap mengenai program Fuji TV, Ishiba berkata Jepun melabur di AS dan mewujudkan pekerjaan. “Jika industri automobil Jepun lemah, kami tidak lagi boleh melabur di Amerika.”

    Merujuk kepada dasar AS untuk menurunkan tarif kepada 10 peratus untuk sehingga 100,000 kereta yang dikeluarkan di Britain setiap tahun, Ishiba mengakui ia sebagai, “satu model yang mungkin,” tetapi mengulangi bahawa Jepun akan tegas mencari tarif sifar.

    Jepun kini tertakluk kepada tarif 25 peratus ke atas eksport keretanya ke AS.

    Pada 2024, eksport kereta Jepun ke AS berjumlah 6.0261 trilion yen (kira-kira AS$41 bilion) membentuk 28.3 peratus daripada jumlah eksport Jepun ke negara itu.

    Menurut Persatuan Pengilang Automobil Jepun, kira-kira 1.37 juta kenderaan telah dieksport ke AS pada tahun 2024. – Xinhua

    Shigeru Ishiba bercakap dalam satu sidang media di Tokyo, Jepun pada November 2024. Jepun. Jepun tetap desak AS hapuskan tarif. – Gambar fail Xinhua

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...