Monday, March 17, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Kanada arah semakan semula pembelian Jet F-35 dari AS

    OTTAWA, 16 MAC – Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, telah mengarahkan semakan semula terhadap rancangan pembelian jet pejuang F-35 dari Amerika Syarikat (AS), lapor media tempatan kelmarin.

    Perjanjian dengan Lockheed Martin dan kerajaan AS itu melibatkan pembelian 88 unit F-35 dengan harga sekitar USD 85 juta setiap satu.

    Menurut laporan CTV News, jurucakap Menteri Pertahanan Bill Blair berkata bahawa Carney telah meminta Blair untuk menilai sama ada kontrak F-35 itu merupakan pelaburan terbaik bagi Kanada atau sekiranya terdapat pilihan lain yang lebih sesuai.

    “Kita perlu menjalankan kajian menyeluruh memandangkan perubahan dalam situasi global dan memastikan kontrak ini dalam bentuk semasa benar-benar memberi manfaat kepada rakyat Kanada dan Angkatan Bersenjata Kanada,” kata jurucakap tersebut. – Xinhua

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda