Monday, January 6, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Kemboja berlepas ke Laos

    PHNOM PENH, 4 APRIL – Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen berlepas ke ibu kota Laos, Vientiane untuk menghadiri sidang kemuncak Suruhanjaya Sungai Mekong (MRC) kali keempat.

    Sidang kemuncak tersebut akan menghimpunkan pemimpin-pemimpin dari Laos, Kemboja, Thailand dan Vietnam, kata Sry Thamarong kepada wartawan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh sebelum berlepas.

    “Sidang kemuncak itu akan mengkaji semula perkembangan signifikan dan pencapaian yang telah dibuat oleh MRC melalui usaha bersama ke arah mencapai matlamat pembangunan mampan di Lembangan Sungai Mekong sejak sidang kemuncak MRC ketiga di Kemboja pada 2018,” katanya. – Xinhua

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda