Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Kemboja haramkan hon muzik trak

    PHNOM PENH, 20 MAC – Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet telah mengarahkan pengharaman hon muzik, selepas video yang disiarkan di media sosial menunjukkan orang ramai menari di jalan raya dan tepi jalan ketika trak yang lalu lalang membunyikan lagu-lagu kecil berirama.

    Hun Manet, yang tahun lepas mengambil alih tampuk pemerintahan daripada bapanya, Hun Sen – yang memimpin Kemboja selama 38 tahun – menyeru Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan dan polis di seluruh negara untuk segera mengambil tindakan terhadap mana-mana kenderaan yang honnya yang biasa telah digantikan dengan hon yang bernada dengan merobeknya dan menggantikan jenis hon standard.

    Beliau berkata langkah itu telah pun dilaksanakan oleh pihak berkuasa wilayah, tetapi beliau mahu mengumumkannya secara terbuka untuk memastikan ia dikuatkuasakan di seluruh negara.

    Beliau mengulas di halaman Facebooknya pada hari Isnin bahawa catatan media sosial baru-baru ini telah menunjukkan “aktiviti tidak wajar yang dilakukan oleh sesetengah orang, terutamanya belia dan kanak-kanak, menari di tepi jalan dengan bunyi muzik dari hon trak.”

    Hun Manet berkata tarian seperti itu menjejaskan ketenteraman awam dan menimbulkan bahaya lalu lintas yang mengancam nyawa dan anggota badan, tidak terkecuali kepada penari itu sendiri.

    Satu video menunjukkan tiga orang muda menari di tengah-tengah jalan manakala sebuah trak treler besar datang ke hadapan.

    Bagi orang Kemboja, akan tidak ada lagi tarian di jalanan. – AP

    Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet ketika menyambut pekerja pakaian di kampung Prey Speu di luar Phnom Penh, Kemboja, pada 29 Ogos 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda