Monday, February 3, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Kemboja ke China, jumpa Xi minggu ini

    BEIJING, 11 SEPT – Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet akan melawat China minggu ini dan bertemu dengan Presiden Xi Jinping, umum kementerian luar Beijing hari ini.

    “Atas jemputan Perdana Menteri Li Qiang, Perdana Menteri Kemboja Hun Manet akan mengadakan lawatan rasmi ke China dari 14 hingga 16 September,” kata jurucakap kementerian luar Mao Ning dalam satu kenyataan.

    Hun Manet juga akan bertemu dan mengadakan perbincangan bersama Li Qiang dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Zhao Leji, katanya pada taklimat biasa.

    Hun Manet mengambil alih tampuk pemerintahan daripada bapanya, pemimpin lama negara itu Hun Sen, pada Ogos.

    Lawatan itu akan menjadi salah satu lawatan pertama Hun Manet ke luar negara sejak menjadi perdana menteri, selepas beliau menghadiri sidang kemuncak pemimpin ASEAN di Jakarta minggu lalu. – AFP

    Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda