Tuesday, May 30, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    PM Kemboja terima ijazah doktor kehormat daripada universiti Indonesia

    PHNOM PENH, 2 MEI – Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen (gambar) dikurniakan ijazah doktor kehormat dalam bidang kemanusiaan daripada Universitas
    Negeri Padang, Indonesia, hari ini.

    Presiden universitas itu, Sufyarma Marsidin bersama Gabenor Sumatera Barat, Mahyeldi Ansharullah, menganugerahkan ijazah kepada pemimpin Kemboja itu pada satu majlis di Phnom Penh.

    “Penganugerahan ijazah kedoktoran kehormat ini kepada saya hari ini merupakan penghormatan kepada saya dan semua rakyat Kemboja,” kata Hun Sen, lapor Xinhua.

    Sementara itu, Marsidin berkata Hun Sen telah memberikan sumbangan besar dalam bidang kemanusiaan dan perpaduan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China sedia hantar orang awam pertama ke angkasa lepas

    CHINA, 29 MEI - China akan menghantar angkasawan awam pertamanya ke angkasa lepas sebagai sebahagian daripada misi kru ke stesen angkasa Tiangong, esok, ketika...
    - Advertisment -