PHNOM PENH, 14 NOV – Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen hari ini mengumumkan perjalanan bebas kuarantin bagi semua penumpang yang sudah bervaksinasi selepas penduduk Kemboja hampir semuanya sudah menerima vaksinasi.
Perjalanan bebas kuarantin akan bermula esok, katanya dalam mesej audio yang disiarkan secara umum.
“Ketika hampir 88 peratus keseluruhan penduduk kami telah menerima vaksin COVID-19, oleh itu kewajipan kuarantin tidak lagi diperlukan,” kata Hun Sen.
“Kedua-duanya sama ada warga Kemboja dan warga asing yang membuat perjalanan ke Kemboja tidak akan dikehendaki untuk menjalani kuarantin, tetapi mereka yang belum bervaksin, akan diwajibkan untuk menjalani kuarantin penuh 14 hari.”
Bagaimanapun, semua penumpang akan menjalani ujian PCR sejurus tiba di negara itu dan mereka boleh menunggu keputusannya di rumah atau rumah saudara mahupun rumah kawan, katanya.
Langkah terbaharu jangkitan koronavirus itu muncul selepas negara itu telah memberikan vaksin kira-kira satu dos kepada 14.05 juta rakyatnya atau 87.8 peratus daripada sekitar 16 juta penduduk, menurut Kementerian Kesihatan negara itu. – Xinhua