Thursday, September 19, 2024
34.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Laos terima anugerah kecemerlangan ASEAN

    VIENTIANE, 17 SEPT – Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone diberikan penghormatan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan Terbilang ASEAN 2024, menurut agensi berita Laos (KPL).

    Anugerah itu disampaikan kepada Perdana Menteri Sonexay oleh Presiden Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik dan Kelab Ekonomi ASEAN, Tan Sri Michael Yeoh, semasa Forum Kepimpinan dan Perkongsian ASEAN 2024 yang diadakan di Vientiane kelmarin.

    Pengiktirafan berprestij ini telah menyerlahkan sumbangan penting Perdana Menteri Sonexay kepada pembangunan Laos dan kepimpinan beliau dalam hal ehwal ASEAN, terutamanya semasa Laos memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada 2024.

    Anugerah Kecemerlangan Kepimpinan Terbilang ASEAN merupakan penghargaan penting yang dianugerahkan kepada pemimpin ASEAN yang menunjukkan kepimpinan dan komitmen cemerlang terhadap pembangunan serantau. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda