Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Lee diuji positif COVID-19 kali pertama

    SINGAPURA, 22 MEI – Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong diuji positif COVID-19 buat kali pertama sejak wabak itu melanda pada 2020.

    “Saya diuji positif COVID-19 buat kali pertama pagi ini. Ia berlaku selepas lawatan kerja saya baru-baru ini,” kata Lee menerusi kemas kini Facebook rasminya hari ini.

    Lee, 71, minggu lalu berada di Cape Town, Afrika Selatan dan Nairobi, Kenya untuk lawatan rasmi.

    “Saya secara amnya berasa ok namun doktor menasihatkan saya untuk menjalani kuarantin kendiri sehingga saya tidak menunjukkan gejala. Mereka juga telah memberi saya Pax-lovid, ubat antivirus, kerana umur saya,” tulis Lee lagi.

    Lee memaklumkan “dos penggalak vaksin COVID-19 terbarunya adalah pada bulan November.”

    “Sila pastikan vaksinasi awda dikemas kini, kerana ia mengurangkan risiko penyakit yang teruk. Memandangkan COVID-19 kekal endemik di Singapura, kita mesti terus kekal selamat dan sihat,” tambah Lee.

    Lee dalam kemas kini status Facebook juga menyertakan keputusan ‘positif’ dari kit ujian COVID-19. – Bernama

    Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 di Labuan Bajo, wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, pada 10 Mei lalu. Lee berkata kelmarin bahawa beliau disahkan positif COVID-19 buat kali pertama selepas pulang ke tanah air daripada lawatan kerja di Afrika dan Asia. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda