Friday, November 15, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Lee kembali bertugas

    SINGAPURA, 29 MEI – Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong kembali bertugas hari ini, selepas ujian saringan COVID yang dijalani kelmarin menunjukkan keputusan negatif.

    Pada 22 Mei lalu, Lee, 71, disahkan positif COVID-19 buat kali pertama sejak wabak itu melanda Singapura pada tahun 2020. 

    “Saya kini negatif COVID dan akan kembali bertugas pada Isnin. Terima kasih kepada semua yang menghantar ucapan selamat kepada saya,” katanya dalam laman Facebook rasmi beliau.

    Lee sepatutnya menghadiri sambutan dua abad Raffles Institution, namun doktornya menasihati beliau supaya berehat. 

    Raffles Institution meraikan ulang tahun ke-200 pada Ahad. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda