Friday, May 2, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Libya arah tutup 25 misi diplomatik

    TRIPOLI, 1 MEI – Perdana Menteri Libya, Abdulhamid Dbeibeh, kelmarin mengumumkan rancangan untuk menutup 25 misi diplomatik negara itu di luar negara sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan awam, lapor agensi Anadolu (AA).

    Langkah itu merupakan sebahagian daripada siri inisiatif penjimatan kos yang sedang dilaksanakan kerajaan, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Perpaduan Nasional.

    Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menilai semula jumlah kakitangan dan operasi di misi diplomatik yang masih beroperasi.

    Selain itu, kerajaan Libya turut menghentikan pemberian biasiswa baharu untuk pengajian luar negara, manakala biasiswa sedia ada tidak akan disambung.

    Peruntukan yang sebelum ini disalurkan untuk biasiswa luar negara akan digunakan semula bagi menyokong pelajar dan penyelidik dalam negara serta membangunkan projek Perpustakaan Elektronik Kebangsaan. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda