Monday, December 30, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Malaysia adakan lawatan rasmi tiga hari ke Pakistan

    ISLAMABAD, 3 OKT – Perdana Menteri Malaysia tiba di ibu negara Pakistan hari ini bagi lawatan rasmi pertamanya yang menurut pihak berkuasa bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua buah negara dan meningkatkan hubungan ekonomi serta perdagangan dua hala.

    Anwar Ibrahim telah dialu-alukan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif, semasa pesawatnya mendarat di lapangan terbang berhampiran Islamabad. Beliau akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Sharif di pejabatnya untuk membincangkan pelbagai isu, termasuk situasi terkini di Timur Tengah.

    Anwar dan Sharif juga akan menyaksikan pemeteraian pelbagai perjanjian semasa lawatan tiga hari perdana menteri Malaysia itu atas jemputan Sharif, menurut Kementerian Luar Negeri.

    Anwar diiringi oleh delegasi tertinggi yang akan membincangkan agenda yang meluas dengan Pakistan bagaimana untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam bidang perdagangan, tenaga, pertanian, pelancongan, pertukaran budaya dan hubungan rakyat dengan rakyat termasuk perkembangan serantau serta global.

    Pakistan yang dilanda isu kekurangan wang cuba untuk meningkatkan perdagangan dua hala dan memperbaiki hubungan ekonomi selepas baru-baru ini mendapat pinjaman baharu AS$7 bilion daripada Tabung Kewangan Antarabangsa.

    Perdagangan dua hala antara kedua-dua pihak pada tahun fiskal 2023 hingga 2024 direkodkan berjumlah AS$1.5 bilion. – AP

    Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Shehbaz Sharif sempena lawatan negara di Kediaman Rasmi Perdana Menteri Pakistan pada 3 Oktober. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda