Sunday, February 9, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Malaysia bertolak tinggalkan Brunei

    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Perdana Menteri Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail serta rombongan hari ini bertolak meninggalkan Bandar Seri Begawan selepas lawatan rasmi dua hari.

    Sebelum menaiki pesawat khas, TYT Perdana Menteri Malaysia melintasi Barisan Kawalan Statik terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat berlepas kepada Tuan Yang Terutama dan isteri ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku Menteri Pengiring, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan isteri; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin

    Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof dan isteri; Timbalan Menteri di JPM, Dato Seri Paduka Haji Sufian bin Haji Sabtu; Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, TYT Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin dan isteri; serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, TYT Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah dan isteri.

    TYT Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan isteri melintasi Barisan Kawalan Statik terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sebelum menaiki pesawat.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda