Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    PM M’sia cadang perkongsian ekonomi ASEAN-GCC

    RIYADH, 20 OKT – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencadangkan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) (CEPA) untuk memaksimumkan potensi ekonomi kedua-dua rantau itu.

    Beliau berkata cabaran daripada iklim geopolitik ketika ini memerlukan kedua-dua rantau itu mencipta semula  kerjasama ekonomi antara sesama mereka. 

    “Kita perlu mentransformasikan hubungan ASEAN-GCC untuk memaksimumkan potensi gabungan ekonomi dari rantau kita. Malaysia komited untuk melakukannya,” katanya pada Sidang Kemuncak ASEAN-GCC yang julung-julung kali diadakan, di sini, hari ini.

    Sehubungan itu, katanya, Malaysia mencadangkan pembentukan CEPA, perjanjian penting untuk menggerakkan pertumbuhan yang progresif, inklusif dan mampan terutamanya ketika kita sedang berada dalam fasa pemulihan daripada pandemik COVID-19 dan berdepan dengan ketidaktentuan geopolitik.

    “Ia akan menjadi Perjanjian Perdagangan Bebas yang pertama antara ASEAN dan Timur Tengah,” katanya.

    Mengenai Sidang Kemuncak itu, Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia menandakan hubungan kedua-dua rantau itu kini berada di ambang era kerjasama baharu.

    Menurutnya, hubungan ASEAN-GCC kini semakin berkembang kukuh sejak kali pertama ia terjalin secara rasmi pada 1990. 

    “Kami telah meningkatkan matlamat kami dalam hubungan dengan GCC,” katanya ketika berucap pada sidang kemuncak itu. – Bernama

    Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Gabenor Riyadh, Putera Mohammed bin Abdulrahman (kanan) semasa menghadiri Sidang Kemuncak Pertama ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC). – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...