PM New Zealand isytihar ‘darurat iklim’

WELLINGTON, 2 DIS – Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern mengisytiharkan ‘darurat iklim’ hari ini, memberitahu parlimen bahawa tindakan pen-ting perlu diambil demi generasi masa depan.

Ardern berkata sains mengenai perubahan iklim adalah jelas dan New Zealand terpaksa mengiktiraf ancamannya. Pemimpin berkata cabaran yang ditimbulkan oleh pemanasan global bermakna deklarasi parlimen, tindakan yang dilaksanakan oleh puluhan negara lain, adalah wajar dan perlu.

“Dalam kes di mana kami mengeluarkan deklarasi, ia adalah di mana timbulnya ancaman kepada kehidupan, ancaman kepada harta dan kecemasan pertahanan awam,” beritahunya kepada parlimen.

“Jika kami tidak bertindak balas terhadap perubahan iklim, kami akan terus menghadapi kecemasan berkenaan.”

Penggubal undang-undang meluluskan deklarasi darurat dengan 76 undi berbanding 43 selepas Ardern menggesa mereka supaya menyokong tindakan tersebut.

“Mengundi menyokong deklarasi ini, berada di pihak sejarah yang betul, membentuk sebahagian daripada penyelesaian yang mesti dicapai secara kolektif untuk generasi akan datang,” kata beliau.Parlimen Britain menjadi yang pertama di dunia yang mengisytiharkan darurat iklim, meluluskan usul tersebut pada Mei tahun lalu, diikuti oleh Ireland. – AFP

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern meluluskan usul di Parlimen di Wellington, New Zealand untuk mengisytiharkan darurat iklim kelmarin. – AP