OSLO, 31 Mac – Perdana Menteri Norway, Erna Solberg akan berkunjung ke China minggu depan bagi mengadakan rundingan dengan para pemimpin atasan, menurut pejabatnya hari ini, satu lawatan yang dijangka akan memeterai perdamaian kedua-dua buah negara selepas hubungan dingin.
China membekukan hubungan peringkat tinggi dengan Norway selepas menganugerahkan Nobel Peace Prize pada Oktober 2010 kepada aktivis hak asasi kemanusiaan Liu Xiaobo, dipenjara di negaranya sendiri oleh pihak berkuasa yang menganggapnya sebagai ‘penjenayah’.
Kedua-dua buah negara hanya mengumumkan penyambungan semula hubungan diplomatik pada Disember tahun lepas.
Pengeksportan salmon ke China, salah satu barangan eksport terbesar Norway, terjejas akibat pertikaian itu, berdepan pukulan kepada industri tersebut.
“Saya sangat gembira yang kami kini akan memulihkan hubungan diplomatik dan politik dengan China,” kata Solberg dalam satu kenyataan.
“Lawatan itu mencerminkan suatu fakta yang kedua-dua negara berharap dapat menubuhkan semula kerjasama lama yang lebih meluas dan ke hadapan.” – AFP