Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Norway letak jawatan

    COPENHAGEN, 13 OKT – Perdana Menteri Norway, Erna Solberg menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Raja Norway, Raja Harald V dalam satu pertemuan di Istana Kerajaan kelmarin.

    “Raja Harald V menerima surat peletakan jawatan saya dan meminta saya untuk meneruskan tugas sementara kerajaan baharu dibentuk,” kata Solberg dalam satu sidang media selepas pertemuan itu, lapor Xinhua.

    Beliau menjadi Perdana Menteri selama lapan tahun.

    Raja Harald V kemudian menugaskan pemimpin Parti Buruh, Jonas Gahr Store untuk membentuk kerajaan baharu. 

    Pengunduran Solberg ekoran kekalahan Parti Konservatif pimpinannya dalam pilihan raya parlimen pada 13 September lepas. Parti itu ditewaskan oleh parti gabungan yang diterajui Store. – Bernama

    Pemimpin Parti Buruh Norway, Jonas Gahr Store dijangka mengambil alih jawatan perdana menteri Norway. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda