Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM NZ ambil penerbangan komersial ke Jepun

    WELLINGTON, 17 JUN – Perdana menteri New Zealand (NZ) terpaksa mengambil penerbangan komersial ke Jepun selepas pesawat tentera udaranya rosak ketika mengisi minyak di Papua New Guinea, menurut kenyataan dari pejabatnya hari ini.

    Penerbangan Christopher Luxon ditukar ke penerbangan berjadual dari Port Moresby ke Tokyo melalui Hong Kong kerana masalah teknikal dengan pesawat Boeing 757 yang dinaikinya.

    Masalah dengan modul arahan untuk kepak kecil pada sayap bermakna pesawat itu tidak boleh terbang tinggi atau pantas seperti biasa dan menjejaskan jarak perjalanan, kata jurucakap pertahanan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda