Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    PM Pakistan bertemu abangnya Nawaz di London

    NEW DELHI, 12 MEI – Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif mengadakan pertemuan dengan abangnya yang juga bekas perdana menteri Nawaz Sharif di London kelmarin untuk mendapatkan pandangan ketika kerajaannya berdepan tekanan hebat supaya mengadakan pilihan raya baharu.

    Parti Nawaz, Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) mengetuai kerajaan campuran di Islamabad, tetapi ia mempunyai majoriti tipis di parlimen.

    Delegasi Shehbaz termasuk Menteri Pertahanan Khawaja Asif, Menteri Perancangan Ahsan Iqbal, Menteri Kewangan Miftah Ismail, Menteri Perhubungan Khawaja Saad Rafiq dan Menteri Dalam Negeri Rana Sanaullah Khan.

    Menteri Penerangan Marriyum Aurangzeb dalam catatan media sosial berkata Nawaz diberi taklimat terperinci mengenai “krisis ekonomi, perlembagaan dan pentadbiran” yang melanda Pakistan.

    Nawaz, 72 meninggalkan Pakistan pada November 2019 untuk rawatan perubatan dan menetap dalam buangan di Britain.

    Tidak dapat dipastikan sama ada Nawaz, yang pernah menjadi perdana menteri sebanyak tiga kali, akan kembali ke Pakistan, berikutan disabitkan kesalahan rasuah dan dibebaskan dengan ikat jamin beberapa minggu sebelum meninggalkan negara itu. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...