Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Pakistan bertemu pegawai di tengah tengah ketegangan dengan India, Kabul

    ISLAMABAD, 30 Jun – Pegawai-pegawai berkata Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif akan diberi taklimat ringkat mengenai ketegangan-ketegangan terkini di rantau bergelut Himalaya Kashmir, di mana Pakistan menuduh India mencabuli satu gencatan senjata di mana tentera India membunuh seorang warga Pakistan.

    Dua orang pegawai hari ini berkata bahawa Sharif juga akan diberi taklimat mengenai langkah-langkah yang telah diambil oleh tentera untuk menghalang militan-militan dari memasuki dari Afghanstan atau merentas sempadan untuk melancarkan serangan-serangan di dalam Afghanistan.

    Pegawai-pegawai itu berkata dalam syarat tanpa dinamakan memandangkan mereka tidak diberi kebenaran untuk bercakap kepada para wartawan mengenai perkara tersebut.

    Perkara itu tiba sehari selepas Pakistan memanggil seorang diplomat India dan membuat satu bantahan dengan New Delhi atas kejadian tembak di Kashmir baru-baru ini. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda