Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Pakistan tempelak AS

    ISLAMABAD, 1 APRIL – Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, menuduh Amerika Syarikat (AS) mencampuri urusan politik negara itu ketika perbahasan membabitkan usul undi tidak percaya terhadapnya ditangguhkan di Parlimen.

    Bagaimanapun, dakwaan campur tangan itu pantas disangkal jurucakap Washington, yang memberitahu media bahawa tiada sebarang kebenaran atau bukti untuk menyokongnya.

    Perbahasan mengenai usul undi tidak percaya dijadual bermula semalam tetapi Timbalan Speaker dari parti Khan menggantung prosiding apabila penggubal undang-undang enggan membincangkan perkara lain dalam agenda itu terlebih dulu.

    Parlimen akan kembali bersidang pada pagi Ahad ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda