Monday, May 12, 2025
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Perancis kritik aksi rodeo selepas anggota bomba cedera dilanggar

    EVIAN, 11 MEI – Seorang anggota bomba di Perancis berada dalam keadaan kritikal kelmarin selepas dilanggar dalam serangan yang disengajakan oleh seorang pemandu kenderaan berusia 19 tahun ketika Perdana Menteri, Francois Bayrou mengritik aksi ‘rodeo bandar’ yang melanda bandar-bandar Perancis.

    Perancis mempunyai tradisi ‘rodeo bandar’, di mana pemandu dan penunggang basikal muda melakukan aksi bising, berkelajuan tinggi dan mengganggu lalu lintas.

    Menteri Dalam Negeri, Bruno Retailleau, dijangka melawat tempat kejadian di bandar timur Evian-les-Bains kelmarin.

    Bayrou berkata ‘rodeo bandar’ adalah ‘sumpahan’ yang dihadapi oleh banyak bandar dan pekan Perancis serta berkata kerajaan sedang berusaha untuk mengekang mereka.

    “Terdapat begitu banyak kegilaan dan kekacauan dalam fikiran orang yang percaya bahawa orang lain tidak penting, sehingga nyawa, keselamatan dan ketenangan fikiran mereka tidak penting,” katanya kepada pemberita.

    Mangsa, seorang anggota bomba sukarela berusia 38 tahun, dilanggar kira-kira jam 6 pagi kelmarin ketika cuba menghalang ‘rodeo bandar’ membabitkan dua kereta berhampiran balai bombanya.

    Pendakwa raya berkata beberapa anggota bomba meminta pemandu berhenti. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda