Saturday, January 18, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Perancis terselamat daripada undi tidak percaya

    PARIS, 17 JAN – Ahli Parlimen Perancis kelmarin mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis, Francois Bayrou, lapor Xinhua.

    Menurut keputusan diumumkan oleh Speaker Perhimpunan Kebangsaan Perancis, Yael Braun-Pivet, hanya 131 perwakilan mengundi menyokong usul itu, berbanding 289 undi yang diperlukan.

    Ia merupakan undi tidak percaya pertama dihadapi Bayrou sejak pembentukan kerajaannya pada 23 Disember 2024.

    Berikutan ucapan dasar umumnya pada Selasa, parti sayap kiri Perancis, La France Insoumise (LFI) mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Bayrou.

    Namun, Parti Sosialis (PS) mengumumkan pada Khamis petang bahawa ia tidak akan menyokong usul undi tidak percaya yang dilancarkan oleh sekutunya, yang menurut Jean-Luc Melenchon, pemimpin LFI, akan memecahbelahkan pakatan parti haluan kiri, Barisan Popular Baharu (NFP).

    Presiden Perancis, Emmanuel Macron menamakan Bayrou sebagai Perdana Menteri baharu Perancis pada 13 Disember selepas Michel Barnier disingkirkan melalui undi tidak percaya. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda