Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Peru letak jawatan, ancam kestabilan politik

    LIMA, PERU, 4 OGOS – Anibal Torres mengumumkan peletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri Peru, menambah krisis ketidaktentuan politik selepas Presiden Peru, Pedro Castillo berdepan beberapa pertuduhan jenayah.

    Torres berkata beliau melepaskan jawatan tersebut atas “sebab peribadi.”

    Castillo mempunyai kuasa perlembagaan untuk menerima dan menolak peletakan jawatan kabinet namun belum menyatakan pendiriannya.

    Torres dilantik sebagai Perdana Menteri Peru pada awal Februari selepas berkhidmat sebagai Menteri Kehakiman.

    Peletakkan jawatan perdana menteri itu mengeruhkan lagi krisis politik di Peru apabila Castillo berdepan dengan pertuduhan jenayah. Dua daripadanya mengenai dakwaan sama ada beliau mempunyai kaitan dengan “organisasi jenayah” serta dakwaan berkaitan plagiat dalam tesis sarjananya yang dibentangkan pada 2012.

    Beliau menerima tekanan dari Kongres pimpinan pembangkang yang meminta beliau meletak jawatan atau mempertimbangkan untuk mengadakan pilihan raya awal. – AP/Bernama

    Presiden Peru (kanan) dan Perdana Menteri Peru (kiri) bersama menteri kabinet ketika di luar bangunan kerajaan di Lima, Peru. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda