LIMA, 14 MEI – Perdana Menteri Peru, Gustavo Adrianzen menyerahkan surat peletakan jawatannya kelmarin, beberapa jam sebelum Kongres dijadualkan membahaskan sekurang-kurangnya tiga usul untuk menggugurkannya.
“Demi kepentingan negara, saya merasa bertanggungjawab untuk mengemukakan peletakan jawatan saya secara muktamad daripada jawatan Presiden Majlis Menteri-menteri,” kata Adrianzen dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen.
Sidang media itu disertai oleh barisan Kabinet dan Presiden Dina Boluarte, yang secara konsisten mempertahankan beliau dan memuji prestasinya. – Bernama
