Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Portugal letak jawatan

    LISBON, PORTUGAL, 8 NOV – Perdana Menteri Portugal, Antonio Costa meletak jawatan semalam selepas kerajaannya terlibat dalam siasatan rasuah yang berleluasa, mencetuskan gelombang kejutan politik negara anggota Kesatuan Eropah itu.

    Costa, 62 tahun, pemimpin Sosialis Portugal sejak 2015, menegaskan dia tidak bersalah tetapi berkata dalam ucapan di televisyen negara bahawa ‘dalam keadaan ini, jelas sekali, saya telah mengemukakan peletakan jawatan saya kepada presiden republik.’

    Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas polis menahan ketua kakitangannya ketika menyerbu beberapa bangunan awam dan hartanah lain sebagai sebahagian daripada siasatan.

    Pejabat pendakwa negeri berkata Mahkamah Agung sedang meneliti ‘penggunaan nama perdana menteri dan penglibatannya’ oleh suspek ketika melakukan aktiviti haram. Ia berkata Menteri Infrastruktur, Joao Galamba, dan Ketua Agensi Alam Sekitar adalah antara mereka yang dinamakan sebagai suspek.

    Presiden Portugal, Marcelo Rebelo de Sousa dengan segera menerima peletakan jawatan Costa. Beliau dijangka membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya baharu.

    Presiden berkata dalam satu kenyataan dia akan bertemu dengan wakil parti politik yang diwakili di parlimen Portugal hari ini dan akan menyampaikan ucapan kepada negara selepas Majlis Negara berkumpul pada Khamis. – AP

    Perdana Menteri, Antonio Costa semasa sidang media di Lisbon, Portugal pada 7 November 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda