Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    PM Sepanyol berkata Kabinet akan iktiraf negara Palestin

    MADRID, 28 MEI – Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez berkata Kabinet Sepanyol akan mengiktiraf sebuah negara Palestin pada mesyuarat pagi hari ini ketika keretakan Kesatuan Eropah (EU) dengan Israel semakin melebar.

    Ireland dan Norway juga akan membuat pengiktirafan rasmi mereka terhadap sebuah negara Palestin kemudian hari. Walaupun berpuluh-puluh negara telah mengiktiraf negara Palestin, tidak ada satu pun kuasa besar Barat yang melakukannya.

    Sánchez, yang mengumumkan keputusan negaranya di hadapan parlimen minggu lalu, telah menghabiskan masa berbulan-bulan melawat negara-negara Eropah dan Timur Tengah untuk mendapatkan sokongan bagi pengiktirafan dan gencatan senjata di Gaza.

    Hubungan antara EU dan Israel merosot kelmarin, sebelum pengiktirafan diplomatik anggota EU Ireland dan Sepanyol, dengan Madrid menegaskan bahawa sekatan harus dipertimbangkan terhadap Israel kerana serangan maut berterusannya di bandar Rafah di selatan Gaza.

    Menteri Luar Zionis Israel, Israel Katz memberitahu Sepanyol bahawa konsulatnya di Baitulmaqdis tidak akan dibenarkan membantu rakyat Palestin.

    Pada masa yang sama, ketua dasar luar EU, Josep Borrell memberikan sokongannya kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa, yang pendakwanya memohon waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan yang lain, termasuk pemimpin kumpulan pejuang Hamas. – AP

    Menteri Luar Norway Espen Barth Eide (kanan), Menteri Luar Sepanyol Jose Manuel Albares Bueno (tengah) dan Menteri Luar Ireland Micheal Martin (kiri) bergambar, pada akhir sidang media, semasa perbincangan mengenai Timur Tengah, di Brussels, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...