Sunday, April 13, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Sepanyol buat lawatan rasmi ke China

    BEIJING, 11 APRIL – Presiden China, Xi Jinping, telah bertemu dengan Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez hari ini, menurut agensi berita rasmi China, Xinhua.

    Lawatan Sanchez ke China berlangsung ketika Kesatuan Eropah sedang menilai semula hubungan perdagangan globalnya, susulan kekacauan yang tercetus akibat pengumuman tarif import oleh Amerika Syarikat (AS) minggu lalu, yang telah menggoncang pasaran ekonomi dunia.

    Perdana Menteri dari parti Sosialis itu kini berada dalam lawatan ketiganya ke China, dalam tempoh lebih dua tahun.

    Sepanyol membeli barangan bernilai kira-kira 45 bilion euro (RM250 bilion) setiap tahun dari China, menjadikan negara itu sebagai rakan dagang keempat terbesar Sepanyol. Namun, eksport Sepanyol ke China hanya sekitar 7.4 bilion euro (RM41 bilion).

    Sewaktu lawatannya ke China pada September 2024, Sanchez telah mengambil pendirian berbeza daripada kebanyakan negara EU dengan menyeru agar blok itu menilai semula cadangan untuk mengenakan tarif tinggi terhadap kereta elektrik buatan China. Beliau menggesa supaya diwujudkan satu ‘peraturan perdagangan yang adil’.

    EU berhujah bahawa langkah tersebut perlu diambil bagi melindungi pengeluar Eropah daripada persaingan tidak adil dengan syarikat China yang disokong oleh kerajaan mereka. – AFP

    Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, menghadiri sidang media di Kedutaan Sepanyol di Beijing pada 11 April, selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda