Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Sepanyol positif COVID

    MADRID, 25 SEPT – Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez berkata hari ini beliau telah diuji positif COVID-19 dan menangguhkan sementara semua urusannya selepas dua hari pulang dari mesyuarat Perhimpunan Agung PBB.

    “Pagi ini, saya diuji positif COVID,” kata Sanchez dalam Twitter, sambil menambah tidak akan menghadiri mesyuarat Sosialis wilayah Catalan di Barcelona. Sanchez, yang kembali dari New York pada Jumaat, berkata dia akan terus bekerja tetapi mengambil langkah berjaga-jaga sepenuhnya.

    Pada Jumaat, beliau akan menghoskan mesyuarat di bandar tenggara Alicante bagi kumpulan negara-negara Eropah selatan MED7. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda