Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    PM Singapura baharu tiba untuk lawatan rasmi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – Perdana Menteri Singapura, Tuan Yang Terutama Lawrence Wong tiba di Brunei Darussalam pada hari ini, sebagai sebahagian daripada lawatan ke luar negara pertamanya sejak beliau memegang jawatan bulan lalu dan sebahagian daripada siri lawatan pengenalan ke ibu-ibu negara Asia Tenggara.

    Berkenan berangkat mengalu-alukan ketibaan Perdana Menteri Singapura berserta isterinya, Madam Loo Tze Lui di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman.

    Menurut Jabatan Perdana Menteri Singapura, Perdana Menteri itu diiringi oleh Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Vivian Balakrishnan, Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar dan Menteri yang bertanggungjawab bagi Perhubungan Perdagangan, Grace Fu, Menteri Pembangunan Negara, Desmond Lee dan Menteri Negara bagi Komunikasi dan Penerangan dan untuk Kesihatan, Rahayu Mahzam.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berserta YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri Singapura, Tuan Yang Terutama Lawrence Wong berserta isteri. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong ketika memeriksa perbarisan.

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Rabu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...