Monday, July 1, 2024
23 C
Brunei

    -

    PM S’pura mahu hubungan lebih erat dengan Malaysia

    SINGAPURA, 28 JUN – Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong mahu mengukuhkan hubungan dan memastikan lebih banyak projek menang-menang dengan Malaysia, sempena ulang tahun ke-100 Tambak Johor.

    Wong berkata Tambak Johor yang dibuka secara rasmi pada 28 Jun 1924 telah menjadi penghubung antara rakyat dari kedua-dua negara selama 100 tahun.

    “Saya berharap untuk mengukuhkan hubungan dan jalinan kita untuk 100 tahun akan datang.

    Singapura dan Malaysia sedang bekerjasama dalam pelbagai projek kesihatan, pendidikan, budaya dan perdagangan serta dalam bidang baharu seperti ekonomi digital dan tenaga boleh diperbaharui,” katanya di media sosial hari ini.

    Sementara itu Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishnan berkata Tambak Johor adalah ikon hubungan unik persaudaraan, persahabatan dan sejarah yang terjalin antara Singapura dan Johor.

    “Ia telah menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi begitu banyak generasi rakyat Singapura dan Malaysia yang melintasi antara laluan darat paling sibuk di dunia, kadang-kadang setiap hari,” katanya di Facebook. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi akan lawat Kazakhstan, Tajikistan 2 Julai

    BEIJING, 30 JUN - Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri mesyuarat pemimpin dan mengadakan lawatan negara ke Kazakhstan dan Tajikistan mulai Selasa ini, kementerian...