SINGAPURA, 1 SEPT – Perdana Menteri Singapura telah menerima pampasan lebih suku juta dolar hari ini selepas menang dalam kes fitnah terhadap seorang editor dan penulis portal berita, kes fitnah terbaharu yang dikemukakan oleh pemimpin berkenaan.
Pengkritik itu menyifatkan saman itu adalah antara beberapa taktik dilaksanakan oleh pemimpin negara itu bagi menutup mulut penentangnya.
Ketua editor Online Citizen Asia, Terry Xu, dan seorang penulis portal itu didakwa memfitnah Hsien Loong dalam dua saman berbeza.
Penulis berkenaan, Rubaashini Shunmuganathan, menulis satu artikel pada 2019 mengenai perbalahan dalam keluarga Perdana Menteri Singapura itu.
Mahkamah Tinggi Singapura mengarahkan Xu membayar pampasan AS$156,000 (Sg$210,000), manakala bagi saman kedua terhadap penulis, hakim menetapkan pampasan AS$119,000 (Sg$160,000), menjadikan nilai keseluruhan AS$275,000 (Sg$370,000 juta).
“Secara keseluruhan, saya mendapati Xu bertindak cuai, tidak mempedulikan kebenaran dan dengan niat jahat terhadap (Lee), yang memburukkan kesan kepada (Lee),” kata Hakim Audrey Lim dalam penghakimannya.
Akhbar Straits Times melaporkan, Lee akan menyumbang pampasan yang diperoleh itu kepada badan kebajikan. – AFP