Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    PM Sri Lanka letak jawatan

    COLOMBO, 9 MEI – Perdana Menteri Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa meletak jawatan hari ini, selepas puluhan orang dimasukkan ke hospital ketika penyokongnya bersenjatakan kayu dan belantan menyerang para pembantah.

    Negara itu telah mengalami penderitaan kekurangan makanan, minyak dan ubat-ubatan serta hidup dalam kegelapan selama berbulan-bulan dalam krisis ekonomi terburuknya sejak kemerdekaan, mencetuskan bantahan antikerajaan berminggu-minggu.

    Jurucakap Rajapaksa, Rohan Weliwita berkata pemimpin berusia 76 tahun itu menghantar surat peletakan jawatannya kepada adiknya, Presiden Gotabaya Rajapaksa, memberi laluan bagi ‘kerajaan perpaduan baharu’.

    “Saya meletak jawatan dengan serta-merta, oleh itu kamu akan dapat melantik satu badan parti kerajaan untuk membawa negara keluar daripada krisis ekonomi semasa,” kata perdana menteri itu dalam satu surat yang dilihat oleh AFP.

    Parti pembangkang terbesar negara itu telah berkata sebelum pertempuran tersebut bahawa ia tidak akan menyertai mana-mana kerajaan di bawah pimpinan kerabat Rajapaksa.

    Peletakan jawatan perdana menteri itu secara automatiknya bermaksud kabinet telah dibubarkan.

    Hari ini, pertempuran terbesar sejak permulaan krisis telah meletus di Colombo ketika para penyokong keluarga Rajapaksa mengamuk, lapor wartawan AFP di tempat kejadian.

    Polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air serta mengumumkan perintah berkurung di Colombo yang kemudian diperluaskan ke seluruh negara pulau Asia Selatan 22 juta penduduk itu.

    Kira-kira 150 mangsa cedera telah dimasukkan ke hospital, kata jurucakap Hospital Nasional Colombo, Pushpa Soysa kepada AFP. – AFP

    Penunjuk perasaan dan penyokong kerajaan bertempur di luar kediaman rasmi Perdana Menteri Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa, di Colombo pada 9 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...