BANGKOK, 30 SEPT – Perdana Menteri Thailand menggesa orang ramai di ibu negara itu untuk menggunakan topeng muka bagi tujuan untuk menghindari pencemaran udara akibat jerebu di ibu kota tersebut.
Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha memberi amaran sedemikian dalam laman Facebook hari ini berikutan dengan keadaan pencemaran udara meningkat sehingga ke tahap tidak sihat, sekali gus boleh mendatangkan pelbagai penyakit. Beliau juga seterusnya mengarahkan agensi kerajaan untuk mempercepatkan hasil keputusan daripada pemeriksaan kualiti udara di negara itu, selain memohon kerjasama daripada sektor pembinaan dan pembuatan untuk sama-sama menangani isu ini.
Ketua bahagian kawalan pencemaran negara itu, Pralong Damrongthai berkata pencemaran udara tersebut bukan disebabkan oleh asap daripada kebakaran yang berlaku di hutan Indonesia. – AP
