Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    PM Thailand bakal ke Brussels

    BANGKOK, 11 DIS – Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-o-cha akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Kesatuan Eropah (EU) di Brussels, Belgium bersempena ulang tahun ke-45 Hubungan Dialog ASEAN-EU bermula 12-15 Dis. 

    Pemangku jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri berkata Sidang Kemuncak ASEAN-EU adalah sidang kemuncak bersejarah kerana menjadi pertemuan sulung antara sembilan pemimpin atau wakil ASEAN dan pemimpin atau wakil 27 negara anggota EU di bawah rangka kerja ASEAN.

    “Ini akan menjadi peluang penting buat pemimpin ASEAN dan EU untuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kebimbangan semasa, terutamanya berkaitan geopolitik, cabaran keselamatan, pemulihan ekonomi dan peralihan digital dan hijau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Prayuth juga dijangka menghadiri majlis Jamuan Tengah Hari Meja Bulat C-Suite, anjuran Majlis Perniagaan EU-ASEAN (EU-ABC) yang juga dihadiri ahli EU-ABC dan eksekutif peringkat tinggi sektor swasta. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    TAWAU, 23 NOV - Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan...

    Hampir 1,600 warga asing ditahan dalam serbuan pusat penipuan di Myanmar

    YANGON, 23 NOV - Tentera Myanmar berkata hari ini,...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...