Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    PM Thailand dibenarkan kembali bertugas

    BANGKOK, 30 SEPT – Perdana Menteri Thailand yang digantungkan, Prayut Chan-O-Cha dibenarkan untuk kembali bertugas, menurut mahkamah perlembagaan Thailand hari ini, yang memberitahu bahawa beliau belum mencapai had penggal selama lapan tahun.

    Bekas ketua tentera, yang berkuasa selepas rampasan kuasa tentera pada 2014, digantungkan daripada tugasnya bulan lalu berikutan mahkamah perlu meneliti cabaran undang-undang dikemukakan oleh parti-parti pembangkang yang mendakwa beliau telah mencapai had penggal dalam memerintah.

    Pihak berkuasa Bangkok sedang berjaga-jaga terhadap kemungkinan berlakunya tunjuk perasaan selepas beberapa kumpulan pembantah memberi amaran akan turun ke jalan raya sekiranya Prayut memenangi kes berkenaan.

    “Mahkamah perlembagaan memutuskan dengan keputusan majoriti bahawa Prayut Chan-O-Cha belum mencapai had penggal lapan tahun,” menurut Hakim Punya Udchacon, yang membacakan keputusan mahkamah.

    “Kabinet di bahawa kepimpinan beliau dikira dari 6 April 2017.”

    Di bawah Perlembagaan Thailand 2017, seorang perdana menteri tidak boleh berkhidmat lebih daripada lapan tahun, namun penyokong Prayut tidak bersetuju mengenai tempoh sebenar pentadbirannya semula.

    Keputusan mahkamah itu mengira tempoh Prayut sejak perlembagaan baharu apabila tentera berkuat kuasa dan bermakna beliau boleh kekal memegang jawatan sehingga 2025. – AFP

    Perdana menteri Thailand dibenarkan untuk kembali bertugas selepas mahkamah perlembagaan mengumumkan bahawa beliau belum mencapai had penggal selama lapan tahun.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...