Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Thailand keluarkan dekri bubar parlimen

    BANGKOK, 17 MAC – Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha berkata beliau telah mengeluarkan dekri bagi membubarkan parlimen, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada Mei.

    Dekri itu telah dikemukakan untuk pengesahan diraja.

    “Kita perlu menunggu sehingga ia disiarkan dalam Warta Diraja,” katanya kepada pemberita di Chiang Mai, hari ini.

    Dekri itu akan dikuatkuasakan sebaik sahaja diterbitkan dalam Warta Diraja.

    Media tempatan melaporkan perutusan itu mungkin diterbitkan pada 20 Mac.

    Dewan Rakyat hanya akan melengkapkan penggal empat tahunnya pada 23 Mac.

    Gambar yang diambil pada 4 Mac lalu menunjukkan pekerja berjalan di hadapan kompleks Parlimen Thailand di Bangkok, tempat pertemuan Dewan Rakyat Thailand. – AFP

    Di bawah perlembagaan, pilihan raya umum akan diadakan sekurang-kurangnya 45 hari selepas pembubaran parlimen dan tidak melebihi 60 hari.

    Bagaimanapun, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 45 hari selepas penggal Dewan Rakyat berakhir pada 23 Mac.

    Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengumumkan tarikh pilihan raya selepas pembubaran.
    Terdapat spekulasi bahawa pilihan raya bakal berlangsung pada 7 Mei atau 14 Mei iaitu Ahad.

    Prayuth dijangka bertanding dalam pilihan raya umum akan datang walau-pun had lapan tahun sebagai perdana menteri berakhir pada 2025. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda