Saturday, December 14, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Thailand lawat M’sia bagi mesyuarat tahunan ketujuh

    BANGKOK, 13 DIS – Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia dari 15 hingga 16 Disember bagi menghadiri Mesyuarat Perundingan Tahunan Ketujuh yang bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala dan memupuk kerjasama serantau.

    Timbalan Jurucakap Kerajaan Thailand, Sasikan Watthanachan berkata lawatan itu mencerminkan komitmen bersama untuk mencapai ‘Kedamaian dan Kemakmuran Bersama’ demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

    “Perbincangan itu akan memberi tumpuan kepada memajukan kerjasama dalam pembangunan infrastruktur, perdagangan dan pertumbuhan ekonomi dengan matlamat meningkatkan nilai dagangan dua hala kepada AS$30 bilion menjelang 2027,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Paetongtarn akan diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra pada Isnin sebelum menghadiri mesyuarat perundingan, katanya.

    Kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian dan memorandum persefahaman bagi memperkukuh kerjasama dalam pelbagai sektor, diikuti sidang media bersama dan jamuan tengah hari yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Malaysia. – Bernama

    Shinawatra menyampaikan ucapan semasa Sidang Kemuncak APEC CEO yang berlangsung di Pusat Konvensyen Lima, Peru, pada 15 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda